My Blog...My Daily Life...

Monday, November 29, 2010

Motivation....Gone

Lately, aku takde mood la nak gi kerja. One by one my motivation untuk ke tempat kerja is gone. Tinggal 2 perkara je la yang boleh motivate aku untuk pegi kerja. One is my baby and another one is my shopping habit. Kalau tak kerja macamane nak bayor duit keter and shopping kan kan kan. Oh my....i need a new and strong motivation la.

Sumtime macam dah rase bosan pulak. Macam nak tukar environment kerja. Tukar kerja la senang citer tapiiiii...tapi ape ek. Entah la.

Feeling ni dulu penah datang gak. Ni dah lame tak datang muncul balik. Ni yang aku tak suke ni. Bile ada feeling ni je aku mesti rase malas nak gi kerja. Rase macam nak cuti je. Tapi kerja belambak kat opis.

I need a longgggg longgggg holiday. Nak gi vacation la. Ayah!!! jom la kite gi vacation. Takyah la gi keje hujung2 tawun ni. Kite gi holiday ek ek ek.

Lepas dapat gi holiday mesti motivation aku datang balik. Confirm punyer la. Muahahahaha.

My Baby take a Bath

27 November 2010

Huiii..aku rasa la kan, aku la manusia yang paling malas untuk mencuci kereta sendiri. Bukan tak suke cuma penyakit M tu kuat benor. Malasssss. Lagipun nak buat ape susah-susahkan diri sendiri, kan belambak tempat cuci kereta kat Malaysia ni. Sediakan duit je la. Muahahahah. Tak kan la beli kete mampu kluor ratus-ratus tiap2 bulan tapi setakat nak hantor cuci kereta yang tak sampai pon soploh hinggit tu ko tak mampu kan kan kan.

Bukannyer tiap-tiap hari ko nak nganto cuci kete. Paling koman pun seminggu sekali. Dalam kes macam aku ni cukup ler sebulan dua kali aku nganto. Itu pun dah kira cukup baik. Depend pada tahap kekotoran jugak la kan. Tapi selalunyer bukan aku yang buat kotor tapi orang lain yang guna kete aku la. Aku ni kan pompuan mestilah suka pada kebersihan dan kecantikan kan kan kan.

So, di hari Sabtu yang berbahagia aku pi la nganto my baby to take a bath. Kotor yang amat kete aku ni. Dengan taik burungnyer jangan citer la. Ni adik aku la punyer hal sebab dia pi parking bawah pokok malam-malam buta. Tengah-tengah abang car wash tu dok syiok basuh kete aku tetiba hari mendung giler. Dalam hati aku dah berkata dah. Asal aku hantar cuci kete je hari mesti nak hujan. Takpe le, nak buat macamane. Hujan tu kan rahmah dan rezeki dari Allah. Lagipun yang penting dalam kete aku mesti bersih.




Aku suka hantor basuh kete kat sini. Tempat ni namanyer Snow Car Wash. Kat flat Larkin. Kete bersih, wangi, berkilat, murah dan yang paling penting takde scratch. Dulu ada la aku nganto kat tempat lain kononnyer nak dekat ngan rumah tapi dah ler mahal tak wangi pulak tu ada scratch lagi. Menyirap je darah aku nengok. Serik dah nak nganto kat situ lagi.

Friday, November 26, 2010

Sentapan bukan santapan

Tersentap sket rasenya hati aku hari ni...
Aku ingatkan aku yang akan ucapkan 'kalimah' tu pada dia tapi rupanye dia yang ucap dulu. Takpe la, xkesah pon sebenarnya sape yang cakap dulu 'kalimah' tu. Tapi sedih gak la. Rupe-rupenya dia mendahului aku.

Anything can happen kan. Ni namanyer rezeki. Allah yang tentukan semuanya. Anyway, gud luck and congratulation to him la. But im really frustrated and felt that i don't wanna stay there anymore. I wanna follow him. Im don't have any motivation anymore.

Eh..eh..eh..jap..the word 'kalimah' tu bukan kalimah cinta yer. But beyond than that. Actually for the past 2 weeks aku hilang mood. Hormon aku tak betul sket but not juz because of the PMS but it more to my instinct. Macam rase ada sesuatu will happen and today aku dapat dah jawapannyer. Pasni ape yang aku nak motivate kan lagi. He is my inspiration actually. I learn a lot from him.

Buttttt..at least im appreciated what he had done today. Sekurang-kurangnyer dia ingat kat aku. Personally face to face and eyes to eyes dengan aku. Aku betul2 hargai ape yang dia buat and today aku realize aku pun ada dalam hati dia. And for today jugak mungkin merupakan for the last time i saw his face and heard his voice. After this no more silent step from him yang selalu buat aku terkejut.

Sebenarnya sejak semalam lagi aku dah dapat citer yang menyentapkan hati aku. About him. Really make me down. Tapi macam biasa la. Aku kan wanita kental. Cehwahhhh. Hehehe. But today lagi menyentap hati aku. Hilang terus mood aku. Blur kejap tau. Whatever pon aku bersyukur sekurang-kurangnya kami pernah saling mengenali. Esok lusa kalau terjumpa kat mana-mana boleh la bertegur sape. Masih boleh keep in touch. Cuma for right now, aku ada rase mau nanges sket la. Sedih pulak tetiba. Eh, tak boleh nanges, tak boleh nanges. Wanita kental tak boleh nanges yer. Hahahahaha.

***Aku bersyukur pada Mu Ya Allah kerana telah memberi nikmat perkenalan ini pada ku. Aku bersyukur pada Mu kerana telah diberi peluang untuk menikmati satu lagi keagungan Mu Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui.

Tuesday, November 9, 2010

Entry Gediksss Part 3

Erti Cinta...

Termenungku, bercelaru memikirkan cinta
Dimana sebenar namanya cinta
Tak tertahan hati ini bila kau berkata
Sememangnya aku menyintaimu

Mungkin kita tak pernah mengatakan masalah
Kau dan aku bagai tiada arah
Namun aku percaya kita akan mengatasi
Segalanya hanya untuk mu
Ku pasti

Sama-sama kita kembali
Sama-sama kita binakan
Cinta yang pernah mekar untuk kau dan aku
Sama-sama kita tempuhi
Sama-sama kita rasakan
Apa yang dinamakan erti cinta sebenar.....

**Maya Karin, borrow ur song lyric for my entry gediksss...hehe

Mastering the Task

Honestly, I love my job. Aku takde masalah ditempat kerja mahupun dengan kerja aku sendiri. Tekanan or stress tu perkara biasa je. Dok kat umah pun boleh stress gak kan. Biasalah, dah nama pun kerjakan tapi yang paling aku tak boleh tahan bila ko suruh aku buat kerja pastu ko membebel tak tentu pasal. Ko tanya aku pastu ko cantas pendapat aku. Bukanlah aku ni tak boleh terima kenyataan pendapat aku ditolak. Aku pun tak kesah kalau orang nak terima or reject my opinion tapi tolong la buat dengan cara berhemah.

Hahh, taknak citer pasal stress hari ni tapi nak citer pasal kerja. My job, my work, my task and my duty. Of course about mastering the task la kan. Kalau dah namanyer pun hari-hari ko ngadap benda yang sama, makanya dah tentulah ko jadi cerdik pandai dengan kerja ko kan. Sama gak la dengan aku. Hari-hari buat kerja yang sama sampaikan kalo tutup mata pun dah boleh buat. Cehwahhh, belagak pulak. Hehehehe.

Aku suka buat kerja hakiki aku tapi aku tak suka buat kerja selain dari kerja hakiki aku walaupun kerja tu ada dalam senarai tugas aku iaituuuu ‘Menerima arahan dari semasa ke semasa’. Besarkan maksud ayat tu. Yelah, mana taknyer, selain dari buat kerja hakiki yang dah sememangnya tersenarai dalam senarai tugas, ada la pulok bilangan terakhir dalam senarai tu kena terima arahan dari semasa ke semasa.



Tentang terima arahan ni aku tak kesah lagi la. Tapi aku paling tak suke bila terima arahan last minute. Memang hangin satu badan. Sepanjang hari aku dok kat opis ko taknak bagi arahan kan tapi dah dekat-dekat waktu balik aku baru ko suruh aku buat tu buat ni cari tu cari ni. Macam-macam la. Tu yang fed up. Dah la aku ni nak kejar masa balik nak ngelak jem.

Kalo arahan last minute yang diterima tu kerja yang aku selalu buat tu xpe la jugak. Dah mastering the task la tapi kerja yang aku jaranggggggg sangat buat. Tak ke mabuk aku dibuatnyer.


Kerja aku kat opis nak kata senang pun tidak kata susah pun tidak. Sama je macam orang lain. Tapi syiokkk wor kerja aku. Hehehehe. Tu aku la yang rase tak tau la rase orang lain pulak. Ada aku kesah. Hehehehe. Paling penting semakin hari aku semakin serasi dengan kerja dan tugas aku. This is my comfort zone. To mastering the task bukan boleh buat sehari dua tapi bertahun-tahun.

Tips for mastering the task:
1. Buat kerja dengan ikhlas
2. Bersihkan hati
3. Jangan suke mengulor
4. Pandai cari alternative
5. Bijak dan kreatif bila berfikir

Hahh, ni tips aku untuk diri aku sendiri juga boleh digunakan oleh freshie2 yang baru habis blaja yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia pekerjaan yer.

Senarnya banyak lagi tips untuk mastering the task ni tapi aku bagi yang Top 5 je la yek sebagai peringatan untuk diri aku sendiri.

Monday, November 8, 2010

Mata Baru uuuuuuu......

Kesan dari kisah petang yang malang itu, makanyer I dapat lens baruuu. Terbang RM50 hinggit tau. Tak kisah la tu, janji aku nampak. Aku memang tak boleh nak pakai spec sebab slipper spec tu betul2 kena kat hidung aku yang bengkak tu. Sakit worrrr. So, terpaksa la buat lens.

Citer pasal lens ni kan. Terus-terang la aku cakap, memang aku tak sukeeeee sangat pakai sebab lens tu sebenornya mengganggu pandangan aku. Bior la kelabu jek pandangan aku daripada pandangan aku diganggu oleh benda tu. Dah la tu, aku ni kan jenis yang lambat bersiap kalo nak ke opis. Jadinyer, mana ke ada masenye nak menempek lens tu kat mata aku yang cantik ni.




Susah-susah kan diri je kan. Nak lawa punyer pasal. Eeeeiiii, aku tak sanggup la. Aku lebih rela pakai cermin mata aku yang frame less tu. Lawa pe, mahal tau aku buat spec tu. Dekat RM600 hinggit hegernyer tau. Sempoi je. Mata pun tak sakit.

Sebenarnya, aku takut kalau2 lens tu merosakkan mata aku. Mata la salah satu daripada anugerah Allah yang paling bernilai. Susahnyer hidup tanpa mata. Walaupun Allah dah tarik sket nikmat melihat aku ni, tapi syukur masih lagi boleh melihat. Jadinya aku mengambil keputusan untuk tidak lagi bercontact lens yer. Cukup la untuk sebulan ni je ataupun sehingga hilang bengkak dihidung. Tu pun kat opis aku sanggup berkelabu pandangan tau daripada nak pakai lens tu. Wuuuiii, bior la kelabu daripada buta terus akan datang. Hiks, mintak dijauhkan.

Saturday, November 6, 2010

Petang yang Malang.......

5 November 2010

Wuiiii...petang yang malang betul hari ni. Sampai bengkak hidung aku. Sakit worrrr. Padan dengan muka aku pun iyer gak. Ahaksss.

Petang ni hidung aku kena penampor dengan pintu peti ais. Gile kan kan kan. Bergegar rase otak aku jap. Sakit sangat. Bukan otak je yg gegar, rahang aku pun rase macam bergerak jek. Dia punya sakit woiiiii, Tuhan je yang tau.

Tetiba aku terpikir ape tau, macam ni la agaknyer rase bila orang laki tumbuk orang pompuan kan kan kan. Jauh benor aku pikir kan. Sakit ko. Berpinar-pinar rase hidung aku ni.

Dah tu, bengkak la kan. Jawapannyer dah tentu la tak boleh nak pakai cermin mata. Aku ni dah la rabun. Meraba-raba la jawabnyer. Dah tu apa lagi, gi buat contact lens la. Warna coklat ko. Natural je. Hiks, natural mendenyer kalo coklat. Nak gak vogue sekali-sekala.


Sekarang ni aku fobia betul la dengan barang-barang kat dapur tu. Guna blender, blender meletup. Bukak peti ais, kena penampor. Hisy, barang tu yang bermasalah ke aku yang ganas sangat. Tapi mama aku selalu cakap aku memang ganas pun. Hehehehe.

Ok, tu la kisah malang aku di petang Deepavali....

Anw, Hepi Deepavali to all Indian..Yeah..1Malaysia..

Thursday, November 4, 2010

Aktiviti Wajib Hujung Minggu

I loikeeee weekend...!!!! My favourite dayyyy!!!! yippppi...!!!

Hujung minggu memang aku tertunggu-tunggu. Sebabnya dapat bangun lambat. Dapat buat kuak lentang lama sket. Hehehehe. Hujung minggu gak la mama aku mokak2 jerit2 soh aku bangun cepat sebabnya hujung minggu ni hari untuk ke kubur. Kalau gi lambat sket nanti dah panas. Dah la kalau gi ke kubur tu takde maknenyer setengah jam. Paling lama pon 2 jam. Nangis worrrr lame2 kat kubur. Ngantokssss giler. Udahnyer, dah namanyer pon aku ni drebar kan. Layan kan je la. Tu pun aku buat exception setiap 2 minggu sekali ke kubur, kalau tidak maunyer tiap2 hujung minggu kena pergi. Aku nak gak guling lama2 sket kat atas katil. Bagi la chance kat aku kuak lentang sedap2. Hehehehe. Hohoho..tido ni shiokkkk worrrr.

Hah,mesti orang tertanya-tanya kenapa kubur destinasi wajib hujung minggu kan..kan..kan..

Tokbak aku dah xde. Dalam erti kata lain dah meninggal dunia la kan. Aku ni kan membesor dengan toknek aku. Serumah gitu. Jadinyer, manje bebenor la kan aku ngan adik aku ni. Jadinyer, sebagai pengubat rindu...kita ke kubur tokbak la bila tiba hujung minggu.



Lagipun, tokmak aku rindu sesangat kat tokbak aku tu. Kalau ke kubur tokbak tu mesti lama. Dia penah cakap kat aku kalau boleh dia nak dok lame2 kat kubur tokbak tu. Aku jawab senang jek, aku banyak lagi urusan dunia yang nak kena settle. Hehehehe. Orang kalo dengor aku cakap macam kureng ajor je kan jawapannyer tu. Tapi tu la aku. Kitaorang kat umah memang macam tu. Suke nyakat orang tua tu. Dia bukan kesah pon. Dia sayang aku. Hehehehe. Aku xpenah kureng ajor dengan orang tua tau.



Kasih sayang ku



Selalunyer ke kubur ni hari Sabtu ler. Tak larat la weii kalau gi hari Ahad sebabnyer kalau pegi tu lame. Aku ni jenis yang xsuke kuor umah penat2 esok kena gi kerja. Nanti aku terus xde mood nak gi kerja. So, Sabtu je la yek. Tu pun bukan setakat kubur, ada lagi destinasi lain. Destinasi lain ni ada macam2 kategori. Hehehehe.

Ok, tu je la citer aktiviti wajib hujung minggu aku....nanti aku nak cari aktiviti lain pulak tapi tu kena tunggu aku tutttt....*rahsia* ;p

Wednesday, November 3, 2010

Entry Gediks Part 2

Ku seru namanya, agar dia merindui aku
Ku seru namanya, agar dia menyayangi aku
Ku seru namanya, agar dia mencintai aku
Ku seru namanya, agar dia menjadi milikku
Ku seru namanya, agar dia sentiasa ku punya....

Hah, ingat dak dengan entry gediks aku dulu tuh...
ni kesinambungannyer...
hehehehehe...

Tuesday, November 2, 2010

I LOVE ChurpChurp.....




This is my new passion..my new project!!!!
After we tweet tweet, we churp churp pulak deh....