My Blog...My Daily Life...

Tuesday, November 9, 2010

Mastering the Task

Honestly, I love my job. Aku takde masalah ditempat kerja mahupun dengan kerja aku sendiri. Tekanan or stress tu perkara biasa je. Dok kat umah pun boleh stress gak kan. Biasalah, dah nama pun kerjakan tapi yang paling aku tak boleh tahan bila ko suruh aku buat kerja pastu ko membebel tak tentu pasal. Ko tanya aku pastu ko cantas pendapat aku. Bukanlah aku ni tak boleh terima kenyataan pendapat aku ditolak. Aku pun tak kesah kalau orang nak terima or reject my opinion tapi tolong la buat dengan cara berhemah.

Hahh, taknak citer pasal stress hari ni tapi nak citer pasal kerja. My job, my work, my task and my duty. Of course about mastering the task la kan. Kalau dah namanyer pun hari-hari ko ngadap benda yang sama, makanya dah tentulah ko jadi cerdik pandai dengan kerja ko kan. Sama gak la dengan aku. Hari-hari buat kerja yang sama sampaikan kalo tutup mata pun dah boleh buat. Cehwahhh, belagak pulak. Hehehehe.

Aku suka buat kerja hakiki aku tapi aku tak suka buat kerja selain dari kerja hakiki aku walaupun kerja tu ada dalam senarai tugas aku iaituuuu ‘Menerima arahan dari semasa ke semasa’. Besarkan maksud ayat tu. Yelah, mana taknyer, selain dari buat kerja hakiki yang dah sememangnya tersenarai dalam senarai tugas, ada la pulok bilangan terakhir dalam senarai tu kena terima arahan dari semasa ke semasa.



Tentang terima arahan ni aku tak kesah lagi la. Tapi aku paling tak suke bila terima arahan last minute. Memang hangin satu badan. Sepanjang hari aku dok kat opis ko taknak bagi arahan kan tapi dah dekat-dekat waktu balik aku baru ko suruh aku buat tu buat ni cari tu cari ni. Macam-macam la. Tu yang fed up. Dah la aku ni nak kejar masa balik nak ngelak jem.

Kalo arahan last minute yang diterima tu kerja yang aku selalu buat tu xpe la jugak. Dah mastering the task la tapi kerja yang aku jaranggggggg sangat buat. Tak ke mabuk aku dibuatnyer.


Kerja aku kat opis nak kata senang pun tidak kata susah pun tidak. Sama je macam orang lain. Tapi syiokkk wor kerja aku. Hehehehe. Tu aku la yang rase tak tau la rase orang lain pulak. Ada aku kesah. Hehehehe. Paling penting semakin hari aku semakin serasi dengan kerja dan tugas aku. This is my comfort zone. To mastering the task bukan boleh buat sehari dua tapi bertahun-tahun.

Tips for mastering the task:
1. Buat kerja dengan ikhlas
2. Bersihkan hati
3. Jangan suke mengulor
4. Pandai cari alternative
5. Bijak dan kreatif bila berfikir

Hahh, ni tips aku untuk diri aku sendiri juga boleh digunakan oleh freshie2 yang baru habis blaja yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia pekerjaan yer.

Senarnya banyak lagi tips untuk mastering the task ni tapi aku bagi yang Top 5 je la yek sebagai peringatan untuk diri aku sendiri.

No comments:

Post a Comment