My Blog...My Daily Life...

Thursday, November 4, 2010

Aktiviti Wajib Hujung Minggu

I loikeeee weekend...!!!! My favourite dayyyy!!!! yippppi...!!!

Hujung minggu memang aku tertunggu-tunggu. Sebabnya dapat bangun lambat. Dapat buat kuak lentang lama sket. Hehehehe. Hujung minggu gak la mama aku mokak2 jerit2 soh aku bangun cepat sebabnya hujung minggu ni hari untuk ke kubur. Kalau gi lambat sket nanti dah panas. Dah la kalau gi ke kubur tu takde maknenyer setengah jam. Paling lama pon 2 jam. Nangis worrrr lame2 kat kubur. Ngantokssss giler. Udahnyer, dah namanyer pon aku ni drebar kan. Layan kan je la. Tu pun aku buat exception setiap 2 minggu sekali ke kubur, kalau tidak maunyer tiap2 hujung minggu kena pergi. Aku nak gak guling lama2 sket kat atas katil. Bagi la chance kat aku kuak lentang sedap2. Hehehehe. Hohoho..tido ni shiokkkk worrrr.

Hah,mesti orang tertanya-tanya kenapa kubur destinasi wajib hujung minggu kan..kan..kan..

Tokbak aku dah xde. Dalam erti kata lain dah meninggal dunia la kan. Aku ni kan membesor dengan toknek aku. Serumah gitu. Jadinyer, manje bebenor la kan aku ngan adik aku ni. Jadinyer, sebagai pengubat rindu...kita ke kubur tokbak la bila tiba hujung minggu.



Lagipun, tokmak aku rindu sesangat kat tokbak aku tu. Kalau ke kubur tokbak tu mesti lama. Dia penah cakap kat aku kalau boleh dia nak dok lame2 kat kubur tokbak tu. Aku jawab senang jek, aku banyak lagi urusan dunia yang nak kena settle. Hehehehe. Orang kalo dengor aku cakap macam kureng ajor je kan jawapannyer tu. Tapi tu la aku. Kitaorang kat umah memang macam tu. Suke nyakat orang tua tu. Dia bukan kesah pon. Dia sayang aku. Hehehehe. Aku xpenah kureng ajor dengan orang tua tau.



Kasih sayang ku



Selalunyer ke kubur ni hari Sabtu ler. Tak larat la weii kalau gi hari Ahad sebabnyer kalau pegi tu lame. Aku ni jenis yang xsuke kuor umah penat2 esok kena gi kerja. Nanti aku terus xde mood nak gi kerja. So, Sabtu je la yek. Tu pun bukan setakat kubur, ada lagi destinasi lain. Destinasi lain ni ada macam2 kategori. Hehehehe.

Ok, tu je la citer aktiviti wajib hujung minggu aku....nanti aku nak cari aktiviti lain pulak tapi tu kena tunggu aku tutttt....*rahsia* ;p

No comments:

Post a Comment