My Blog...My Daily Life...

Thursday, March 24, 2011

Kiasan Bukan Sindiran

Aku tak nak citer real story cuma nak bagi kiasan jer tapi bukan sindiran. Huk aloh, apakah.....dari kiasan pastu jadi hiasan. Muahahahha.

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat kita dilahirkan. Tapikan, kekadang tempat kita dilahirkan tu tak la seindah yang dibayangkan. Sebab disitu tempat kita dilahirkan, makanya mesti la lagi dikenang. Tempat yang banyak kenangan suka dan jugak duka.

Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Eh, same hitam ke rambut kita ni??? yang dye rambut dan uban nak kategorikan macamne ek??? Muahahaha. Manusia ni ada macam-macam ragam. Hati manusia ni tak boleh nak diduga. Luar nampak baik tapi dalam hati banyakkkkkk busuk. So far, aku belum penah lagi la jumpe manusia yang hatinya sangattttt busuk. Setakat busuk tu jer ada ler.

Satu hati dua jiwa. Bukan setakat pasangan kekasih sajer ye yang boleh bersatu hati ni. Kawan pun can be tau. Petang-petang duk bergosip dari hati ke hati. Luahan perasaan katanyer.

Mata melihat telinga mendengar. Ye ler, tak kan la telinga bercakap pulakkan. Sayu mata memandang, perit telinga mendengar tapi apakan daya. Kesiannyer.

Mula-mula benci pastu sayang. Menyesal dah tak guna lagi bila dah dilepaskan. Semuanya ada hikmah sebab yang dilepaskan itu kekadang adalah perkara yang baik.

Aku menceceh ni kiasan ke peribahasa ekk??? same ke tak dua benda ni??? huh, ada aku kesah..muahahahaha.


motif aku letak gambar ni????? ^_^