My Blog...My Daily Life...

Thursday, December 30, 2010

A Day to Remember

Tajuk entry macam tajuk filem omputih. Muahahahaha.

Actually, siang tadi ada jamuan khas untuk one of our staff yang akan berpencen next week. So, all of us buat la surprise party for her. Meriahhhhh sangat. Ado gak scenes leleh ayor mato. Wajibbbbbb bila ada jamuan macam ni. Yelah setelah sekian lama berkhidmat ko, mesti la sedih nak meninggalkan tempat yang selama ni kita cari rezeki kan kan kan.

She's oso one of my motivation untuk rajin gi kerja. As I told before about my motivation one by one are gone. Hah, ni pun dah nak pergi tinggalkan aku gak. Takpe la nak buek macam mano laei. Dah gitu putaran hidup kita ni kan kan kan.

I learned a lottttt from her actually since my first day at work place. She oso inspired me on how to be patience lor. Betullll, tak tipu. Sabar betul dia especially bila time kena marah dengan bos. Tak pernah dia melawan cakap bos tau. Kalau aku dah lama dah naik angin. Muahahahaha.

For her, today is a day to remember la. Kenangan seumur hidup.

Siang tadi menu jamuan is nasi jagung, ayam masak merah, dalca, pencur and daging masak ape ntah. Hehehehe. Plus air and buah oren. Sedappppp. Tapi yang tak bestnyer aku kena makan kat meja VIP. Tak telus la aku makan. Tak suker. Tak suker, tak suker pon banyak gak aku belasah. Muahahahaha.


Itu citer makan disiang hari. Ado lagi sambungan citer makan dimalam hari pulak. Hari ni aku asyikkkkk la makan, makan, makan. Cik kak, perut awak tu baru nak baik tapi awak dah melantak macam-macam, nanti muka awak lagi menebeng kat Klinik Suria tu.Iya la ko, aku kena diarrhea 2 hari. Melepek teruk, terus doktor bagi MC 2 hari. Baru je baik dah makan macam-macam. Takpe la, bak kata arwah tokbak aku, biar mati makan jangan mati tak makan.

Eh, nanti aku sambung entry for makan dimalam hari tu yer. Sekarang mau chao chin chao dulu.

Wednesday, December 22, 2010

My Baby went to Clinic

Sabtu lepas my baby kena gi klinik buat servis for 20,000km. Lama betul menunggu. Ni la padahnya kalo tak buat appointment awal-awal pastu datang lambat lagi. Hah, jadi penunggu la aku kat hyundai servis center tu. Bab menunggu tu tak kesah la sangat sebab kat hyundai tu ada customer lounge siap ada TV and ko boleh buat air sendiri kat situ kalo nak. Depa dah sediakan nescafe and milo 3in1 so, pandai-pandai ko ler nak minum or taknak. TV pon citer cina, lagiiiiiii aku tak kesah. Lagi aku suke.

Sambil-sambil menunggu tu boleh gak aku ngintai dari atas nengok keter aku dah siap ke belum. Perut dah laparrrr sangat. Ayah aku cakap tak payah breakfast kita makan tengahari je. Tu pon makan tengahari kat umah orang kenduri kawen. Muahahahaha.




Biasanyer kete aku kat barisan depan tu je tapi sebab banyakkkk sangat kete makanyer jauh nunnn disana baby aku ditempatkan. Jauh betol dari pandangan, aku tak nampak ape abang mekanik tu buat.

Hah, ada story masa gi servis ni. Ade ler 3 keter Sporean datang nak betulkan brek keternye yang dikatanya berat. Berat macam mana tu aku tak tau la. Ada kau kesahhh. Tapi yang buat aku tetiba sentap bila abang mekanik yang tengah servis kete aku boleh pulak dia singgah jap tengok kete Sporean tu. Siap tolong betul-betulkan lagi. Huh, aku dah ler lapar ni bang oiiii, ko ada hati pulak nak tolong betulkan kete orang singapore tu kenape???Geram betul aku. Ko hingat aku tak nampak???Dah ler muka orang-orang singapore tu kerekkkk giler. Eh,bukan muke je tau, perangai dia sekali berlagakkkk giler wa cakap lu. Lagi la mendidih hati aku. Bikin panas hati betul.

Pastu ayah hint2 bagi isyarat kat aku dari bawah tanya aku nak tukar wiper tak. Tukar lerrrr. Wiper aku tu dah setahun lebih kooo. Dah tak telus lagi. Bunyinyer pon mak aii, sakit telinga aku dengornyer. Tapi aku tak tukar satu set. Aku tukar depan je, yang belakang takyah sebab jarang guna lagipun elok lagi.

Tetiba masa nak bayar tu aku rase macam demammmmm. Mana tak demamnyer, mahal ko kali ni servis kete. Lagi best duit aku tak cukup. Ape lagi dah tak reti-reti nak mintak ayah. Muahahahaha. Actually bukan tak cukup tapi tak bawak duit lebih sebab aku ingat servis macam biasa jer. Rupa-rupanyer banyak pulak benda yang di tukarnyer.

Ah, tak kesah la sumer tu. Mahal ke murah ke, janji kete aku berservis kan kan kan.

Tuesday, December 21, 2010

Foot Massage

Hari ni aku cuti. Sepatutnya cuti untuk gi holiday tapi tak jadi. So, I ask my mummy if she want accompany me for shopping and she said "ok". Release tension coz tak dapat gi holiday kan kan kan. Dah alang-alang aku amek cuti, cuti je la. Aku dengan mama ronda Plaza Angsana dari 11 pagi sampai 5 petang including foot massage as a final ronda-ronda and shopping.

Aku dengan mama urut kaki je sebab bila aku tengok jam nampaknya waktu sangattttt tak mengizinkan untuk buat full massage. Sebelum kol 6 petang aku mesti dah sampai umah sebab aku ada appointment dengan TV2. Muahahaha. Citer cina la apalagi kan kan kan.

Hah,ni kaki aku yang sedang diurut...

Jarang-jarang aku mengurut. Tengok mood gak tapi tadi masa urut makkkkkk sakit ko. Masa sis tu urut kaki aku, terangkat cik bon aku menahan sakit. Pastu kan bila sampai umah kaki mama banyak lebam-lebam sebab mama banyak angin. Kaki aku takde lebam tapi gatal-gatal. Lepas ni lambat la lagi nak suruh aku gi ngurut. Sakit worrr.

Actually, foot massage ni baik untuk kesihatan. Foot massage juga orang panggil urutan refleksologi. Kita boleh kesan penyakit melalui tapak kaki kita. Kalau ada sistem dalam badan kita yang tak betul tu gi la urut kaki. InsyaAllah boleh baik tapi kena la selalu ngurut. Kalau sekali je ko ngurut pastu nak terus baik memang la ko sengal namanyer. Mana ada penyakit yang boleh baik sehari je.

Refleksologi ni membabitkan urutan pada 62 titik utama yang ada kat tapak kaki kita. Semuanya ada hubungan dengan organ utama dalam tubuh badan kita tau. Semua toksin yang tak dapat dinyah keluar dari badan kita ni akan berkumpul kat tapak kaki, jadi bila kita buat urutan, toksin tu akan mengalir dan keluar melalui sistem perkumuhan.


Hah, sape yang ada masalah tidur pon bagus gak buat urutan refleksologi ni tau. Lepas buat urutan badan akan rase lebih sihat dan ringan tapi kita kena banyakkkkkk minum air untuk membolehkan toksin tu keluar samada melalui peluh atau air kencing.


Senang je kalau nak tau badan kita ni sihat ke tak. Masa urutan tu, bila kena kat tempat yang bermasalah ko pasti akan menjerit sakit. Tapi tak le jerit sampai kuor anak tekak. Sikit je terangkat cik bon tu. Tapi bile dah buat selalu kita tak kan rase sakit lagi. Sistem imun kita jugak akan jadi lebih baik.

Ni fakta kelebihan refleksologi:
•Melancarkan pengaliran darah
•Meningkatkan daya tahan individu
•Mengurangkan risiko tulang reput
•Menyeimbangkan kedudukan badan
•Melancarkan pergerakan
•Menguatkan otot kaki
•Mengurangkan risiko kencing tidak lawas
•Menguatkan tulang dan pinggul
•Mengurangkan risiko sakit sendi
•Mengurangkan rasa letih
•Mengelak risiko sembelit
•Mengurangkan masalah usus
•Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan
•Kaki adalah anggota yang sangat kompleks, mempunyai 26 tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. Jika berlaku sebarang kemalangan sehingga mencederakan tulang, sendi dan ligamen kaki, ia mampu memberi komplikasi kesihatan tubuh antaranya rasa lenguh pada lutut, tegang pada bahu dan masalah buang air besar. Malah, amalan dulu kala, wanita dalam pantang dinasihatkan supaya menjaga ibu jari kaki bagi mengelakkan berlaku tumpah darah.

So, selalu-selalulah gi buat refleksologi massage ni yer. Baik untuk kesihatan. Aku punyer next massage tunggu lagi 2-3 months akan datang. Muahahaha.

Sunday, December 19, 2010

The Happening Weekend

As I told before yang aku ada aktiviti wajib setiap weekend kan kan kan. Nowadays,aku ada adding some more activity during weekend. Mula-mula aktiviti ni lebih kurang macam rela paksa la sebab aku terpaksa sacrifice aku punyer weekend yang indah tapi bila dah lama-lama seronok pulak cume penat je la.

My new activity is kena jaga kedai kat Plaza Angsana every Saturday or Sunday. Sekali je seminggu. Mula-mula tak suka tapi bila ramai orang yang datang singgah and shopping, jadi seronok pulak. Kedai ni kazen aku punyer and my superb daddy yang manage. Actually, aku lebih kepada nak tolong my superb daddy. Kesian jugak sebab ayah aku ni lately busyyyyy la sangat. Bukan aku kesah pon ada gaji ke tidak. Kalau ayah bagi aku amek. Tak bagi pon takpe. Tapi kalau boleh bagi la. Ngeeeeeh ;p


Kedai ni jual pakaian muslimah, telekung, baju kurung moden, and etc la. Malas nak citer pasal kedai sebab aku tak minat sangat dengan business. Keje aku kat kedai ni senang je. Jadi cashier and kemas-kemas apa yang patut. Kalau ada orang datang nak beli aku jerit panggil mama. Muahahahaha. Aku tak reti la nak layan orang. Tapikan bila takde customer, bosannnnnn ko. Aku ape lagi melantak main game ler sampai rase macam nak termuntah-muntah. Ngeeeehh;p

Hah,ni bile dah tiba time bosan takde customer...

Tetiap minggu kat kedai memang wajibbbb sangat aku bawak lappy and bband. Kalo takde 2 benda ni boleh jadi sawan bosan aku dibuatnyer. Muahahahaha.

Nak kata weekend yang happening tu tak la sangat. Cuma yang aku maksudkan happening tu sebab masa weekend aku full. Dah takde masa nak rehat. Tu yang jadi happening. Jaga kedai ni seronok bila ramai orang datang shopping. Tu pon happening gak sebab tak terlayan. Customer ni kan ada macam-macam perangai. Macam aku gak yang shopaholic ni, cerewet.

So, sape-sape yang nak cari baju muslimah tu boleh la datang ke kedai yang aku jaga during weekend ni kat Plaza Angsana, tingkat 5 berdepan dengan eskalator turun.

Thursday, December 9, 2010

My First Samannnn ...

This entry special for my first summons. Muahahahaha.

Today is my first time bayar saman yer. Masyaallah punyer la ramai orang kat Pejabat Pos. Sumenyer dok sibuk nak membayor saman. Ada la lebih kurang satu jam aku menangok kat PO tu. Itu pun nasib baik tukar nombor dengan sowang amoi tu. Kalau idak mau nyer kol 2 pon aku belum tentu naik opis lagi.

Aku dah lame tahu yang aku ada saman since bulan 7 lagi coz Myeg dah berkali-kali email kat aku pasal saman tu. Tapi aku saje hold dulu taknak bayor. Nasib baik aku tak bayor awal-awal dulu, kalau tidak rugi je worrr. PDRM tengah bagi diskaun 50% ni untuk sape-sape yang ada saman. Aku rase la kan PDRM pon buat YES kowt. Muahahaha. Bagus bagus. I loike.

Actually, gambar aku bersama keter disnap oleh camera bongokkkk tu, kat belakang bangunan TH. Koooo, banyak-banyak traffic light yang jalannyer masyaAllah super sesak padat tapi kat belakang TH yang lengang tu boleh ko active pulak yer camera. Tak paham betul aku. Rupenyer kat opis aku ramai yang kena snap gak pic nyer kat situ.

So, tengahari tadi aku pon pergi le membayor saman tu. Menggigil-gigil tangan aku nak membayornyer. Ye le, mana tak gigil nyer, RM100 hengget tu. Boleh beli handbags or shoes tau. Eeeii, serik tau. Actually, saman aku ni diatas kesalahan melanggar lampu isyarat. Ngehhh ;p . Ayah aku cakap, 'kenapa ko tak langgar je tiang lampu isyarat tu'. Ishk, ayah aku ni, selisih tau. Simpang malaikat 44. Mintak dijauhkan.

Tapikan, seronok gak kena saman ni (ni macam statement yang nak sedapkan hati sendiri). Sebab dapat pengalaman. Kalau sepanjang bawak kete tak penah kena saman tak adventure la kan kan kan. Walaupon sekali seumur hidup ko dapat saman tu. At least, merasa la gak kena saman and pegi membayor saman. Macam-macam ragam orang aku tengok masa kat PO tu mostly yang nak bayar saman la. Berkepul-kepul duit keluar worrr tapi aku nengok dorang selamber je membayor nyer. Banyak betol duit orang Malaysia ni kan kan kan. Ada yang kena saman beribu-ribu hengget. Kayo la PDRM lepas ni. Ngehhhh ;p .

Hopefully, ni la saman pertama dan terakhir aku. Taknak dah lagi kena saman. Cukup la sekadar dapat pengalaman disaman dan membayor saman sekali seumur hidup. Daripada keluar duit kena saman lebih baik la keluar duit untuk bershopping. Muahahahaha. Makanyer, peringatan untuk pengguna jalan raya yang lain dan juga untuk diri aku sendiri ni, patuhi la undang-undang di jalan raya bagi keselamatan diri dan juga boleh mengelakkan daripada disaman.

Sekian, untuk kisah My First Samannnn. ;p

Tuesday, December 7, 2010

The Obsession

Aku ni ada perangai gile. Hah,tapi tak ler sampai gile. Eh, aku tak gile la. Cumenyer aku ni terlalu obses dengan benda2 yang aku suke. Bila dah obses tu makanyer mula la aku berperangai pelik.

Lately,perangai giler aku datang balik. Kerana dek obses sangat sampai aku jadi 'sengal' untuk beberapa hari lamenyer. Muahahaha. Tapi takpe sebab family aku dah paham benor dengan obsession aku ni.

Dek kerana obses sangat makanya aku 'terbeli' la benda yang tak sepatutnya aku beli sebab hergernyerrrr mahal worrr. Tapi aku terpaksa ler tutup mata je untuk puaskan diri aku sendiri. Aku tak suke ler kalau jiwa aku rase macam ada benda tersekat. Muahahaha. Gila ko ayat aku.

Aku ni sebenarnya obsessssss sangat dengan citer cina. Kau jolok la aku dengan citer ape ponnn, citer cina jugak yang tetap aku suke. Tak kira la ape pon tajuk dan jalan citer cina tu sumenyer aku layan. Sampai kekadang aku dah boleh tau ape jadi endingnyer tu nanti. Tapi yang paling aku suke citer epik cina. Bab2 yang ada kungfu tu memang aku suke giler. Sume citer tentang mainland dulu2 kala tu melekat kat jiwa aku. Kalau orang lain mungkin citer korea jadi pilihan kan kan kan. Tapi tidak aku. Aku peminat setia citer cina.

Aku jugak obses dengan kungfu. Suke sangat. Sorry to say, aku tak suke silat. Bukannyer tak nak ngaku melayu tapi dah memang aku tak suke takkan aku nak paksa dan pura-pura suke pulak kan kan kan. Kang nanti owang cakap aku ni fake pulak. Aku tetap melayu cume obsession aku tak sama dengan owang lain. Tapi yang paling best is aku berkongsi minat yang sama dengan my lovely mama. Mama pon minat giler dengan citer cina.

Baru-baru ni ada satu drama cina kat TV2 kol 6ptg. Tajuk cina nyer Mei Ren Xin Ji. Hah, tajuk omputihnyer pulak Schemes of a beauty or Tactics of a beauty. Citer ni kisah benar pada zaman Dinasti Han Barat. Ada ubah sket-sket je la dari jalan citernyer kat novel and sejarah sebenar. Hah, jangan ko heran kalau aku tau novel-novel cina ni. Dah namanyer pon aku fanatic fan kan kan kan. Mesti la aku tau. Tapi dalam banyak-banyak citer epic cina yang aku nengok, citer ni paling mantap dan paling best. Kisah cinta dia mak aiii. Soooooo sweet. Hero and heroin dia pon sepadan sangat. Tapi citer ni tak banyak sangat kungfu cuma citer cinta dia sangat mencengkam jiwa. Tu yang jiwa aku rase tersekat je sebab tengah shiok-shiok tengok, iklan pastu habisssss. Ko bayangkan la kalau ko tengah shiok-shiok layan citer tu sambil feel feel gitu siap leleh ayor mata lagi tup tup iklan. Tak ke sakit jiwa aku dibuatnyer.




Honestly, tengok kat tv sangatttt la tidak puas. Sebab tu aku cari sampai dapat DVD nyer tu. Walaupon hergenyer sangat membunuh. Kat tv banyak potong sebab tu tak puas and kadang-kadang tak berapa faham sangat jalan citer nyer. Maka, beli la DVD untuk kepuasan dan ko akan faham jalan citer tu dengan jayanyer. Muahahahaha.

Owh, lupe pulak DVD tu takde subtitle yer. Aku paham sket-sket je cakap cino ni. So, lenjan tengok sudahhhhh janji aku paham jalan citernyer dan jiwa aku tak tersekat.

That's my first and foremost obsession.

Eh, tapi dulu kan aku ada terbeli citer korea. Aku pun tak tau kenapa aku boleh terbeli citer tu. Muahahahaha.

Sunday, December 5, 2010

My Biggggg Dream....

Yiiihaaaa..aku ada satu big big big dream. This big big big dream is one of my dreams yang banyakkkkkk tu la. Tapi big dream ni yang paling aku excitedkan. Hopefully aku dapat merealisasikan my big big big dream nih.

My big big big dream ni boleh gak jadi strong motivation aku untuk rajin pergi keje. Muahahaha. Pasni kena carik kerja part time la untuk merealisasikan big dream nih. Bukan sket2 wor modal untuk big dream aku nih. Paling sket pun boleh cecah RM100k tau. (Wui,giler ke ape sampai RM100k tu?) Ngehhhh. ;p

Biar la, big dream aku. Aku kan tak suke buat benda2 yang same dengan owang lain. Aku mesti advance. Hehehehe. Advance ler sangat, duit pon xde berangan macam-macam sampai tinggi ke langit. Tapi takpe la kan, berangan dulu manalah tau ada rezeki aku nanti termakbul la big dream aku tu.


Kenapa aku letak gambar ni kat entry big dream ni ek??? Hehehehe.

Jom Derma Darah

Dalam sibuk-sibuk dok cari jalan untuk bercuti dari kerja kerja kerja tu, ape kata kita pergi menderma darah dulu. Wui, derma darah ni satu kerja yang murni tau. Aku pon teringin sangat nak derma darah tapi kannnnnn aku tak boleh nak menyumbangkan darah aku untuk kehidupan orang lain. Sebabnyer, berat badan aku tak cukup. Kesiannnn. Muahahaha. Berat minimum untuk kita menderma darah adalah 45kg. Jadi, sah sah la kan berat badan aku tak sampai 45kg.

Bukannye ape, selain dapat menolong orang lain untuk terus hidup, kita jugak dapat menolong hidup kita. Contohnyer macam aku ni la. Kurus bebenor. Kalau dapat derma darah tu konpem la berat badan aku boleh naik mendadak punyer. Muahahahaha.




Hah,gambar ni opkos la aku amek dari atas kan. Tak kan la dari bawah pulak. Hehehe.

Jadinyer, jom la kita menderma darah. Kerja ni kan kerja yang murni.

Friday, December 3, 2010

I wanna fly to New Zealand!!!

I wanna fly to New Zealand!!! New Zealand here I come! Awesome adventure awaits! Book your tickets now starting from RM199 with AirAsiaX! #AANZ

Hah, baru je lepas cakap pasal holiday and vacation kan kan kan. Sekarang jom kite gi holiday ke New Zealand. AirAsiaX ada menawarkan satu rate yang bagus untuk kite ke New Zealand. Ape lagi, jom korek tabung tengok duit cukup ke idak nak ke New Zealand ni. Muahahahahaha.