My Blog...My Daily Life...

Thursday, January 27, 2011

Pengalaman Itu Tidak Boleh Dibeli

Selalu kita dengar iman tidak dapat diwarisi tapi hari ni aku nak citer pasal pengalaman. Pengalaman yang tidak boleh dijual beli. Betapa besarnya nilai pengalaman itu hanya pada empunya diri yang melalui pengalaman itu saja yang mengerti.

Hari ni ada satu pengalaman baru. Tapi bukan pengalaman aku yer. Ini pengalaman one of my good fren. Ape pengalamannye tu biar la rahsia. Muahahaha. Ape yang aku nak kongsikan kat sini about pengalaman tu adalah untuk kita menyedari betapa beruntungnya orang yang punya banyak pengalaman. Tak semestinya ko kena hidup sampai 100 tahun baru dikata ada banyak pengalaman. Even, sedari ko kecik lagi kalo ko dah start facing sooo many problem or even not a problem pon dah boleh dikatakan punye pengalaman.

Aku realize hari ni betapa pentingnya pengalaman dalam hidup. Pengalaman itu sangattttt mengajar kita erti sebuah kehidupan. Walau pengalaman itu tidak datang dalam hidup kita tapi kita jugak boleh belajar dari pengalaman orang lain. Maha Pencipta beri kita akal untuk berfikir, kita boleh fikir tentang baik buruk sesuatu pengalaman itu. Ape yang baik tu kita ambil iktibar tapi yang buruk tu kita buang la jauh-jauh yer.

Seperti hidup aku sekarang, aku belum rasekan yang aku ni ada banyak pengalaman. Aku masih mencari pengalaman. Pengalaman yang aku ada setakat ni belum cukup untuk aku mengemudi hidup aku dengan rase selesa. Aku masih perlukan pengalaman.

Tapi kadang-kadang manusia ni tak pernah menghargai pengalaman yang ada. Kedekut pon ada. Tak nak share pengalaman dengan orang lain. Tak kisah la, tu hak masing-masing kan kan kan.

Bagi diri aku pulak, pengalaman hidup yang aku ada ni akan aku jadikan benteng supaya aku tak terus hanyut dan tenggelam dalam hidup aku sendiri. As I told before yang aku tak suke merancang hidup aku kan, jadinye pengalaman tu perlu aku jadikan benteng yang kukuh untuk aku terus bersedia dengan kehidupan akan datang.

Suddenly I Cried...

I cried not because of I feel sad but more on touching lorr. Macam mana ek nak cakap kenapa aku tetiba nangis ni. Hehehe. Actually, aku tak rase sedih or kena marah or wut eva la kan tapi aku nangis sebab tengok 999 kat TV3. Muahahahaha.

Actually, last scent wartawan and cameraman 999 pegi kejar pondan tu yang buat aku nangis. Bukan aku ketawa sampai nangis yer tapi aku touchingggg sangat. Ape hal la cameraman tu gi kerja pondan tu sampai terjatuh orang tu tau. Kesian sangat. Common la, dia pon manusia jugak yang ada hati dan perasaan. Bukan permintaan dia untuk jadi macam tu. Kesian tau. Ape kejadahnyer ko kejar dia sampai lintang pukang orang tu lari pakai heel lagi tau pastu jatuh tersungkur.

Aku ternangis pulak bile tengok part kejar mengejar tu. Tak baik la buat macam tu. Walaupon diaorang buat kerja kotor tapi jangan la sampai kita yang baik molek ni mengaibkan orang lain. Lebih-lebih lagi golongan yang macam tu. Dah yang Maha Pencipta jadikan dia macam tu. Lagipon dah semulajadi naluri dia macam tu kan kan kan. Kita yang baik molek ni bagi nasihat je la supaya dia kembali ke jalan yang benar.

Aku betul-betul kesian kat golongan ni tau. Kita ni kena faham itu sume bukan kehendak dia. Tu sume adalah one of dugaan dan ujian yang Allah bagi untuk menguji kita. Kita sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran ni kena la saling hormat menghormati.

Aku bukannye sokong kerja diaorang tu. Lagipon yang haram tetap haram dan yang salah tetap salah kan kan kan. Tapi cuba kita fikir balik tentang penerimaan kita pada golongan yang istimewa macam ni. Kita ni lebih banyak mengherdik dan pandang jijik dengan golongan tu kan kan kan. Daripada kita jijik tengok diaorang lebih baik kita cuba dekati mereka dan jalankan tanggungjawab kita sebagai orang Islam.

Aku pon ada pengalaman berkawan dengan golongan macam ni. Most of them memang baik. Kita tak akan tau kalo kita tak cuba mendekati mereka ni. Kalo kita baik dengan diaorang ni diaorang pon akan baik dengan kita. Kita ni same je manusia yang ada perasaan. Kalo ko tengok dia pastu ko maki hamun dia, memang la dia marah. Macam kita jugak kalo orang kata ni bitch la or wut eva yang menyakitkan hati, kita pon akan marah kan kan kan.

Common la peoples, jangan pandang sebelah mata pada golongan ni. Kita cuba bantu sedaya yang mampu untuk mereka kembali ke jalan yang benar.

Saturday, January 22, 2011

The Three Kingdoms

Wuiii..lame betul tak buat entry baru. Bukan tak nak buat tapi malas la. Lagi pon takde story best yang aku nak story mory kan. Eh, ada story best sebenarnya tapi later la aku citer pasal story tu.

Hah, sekarang aku nak story pasal my obsession la macam biasa. Lately, ada satu benda lagi aku betul-betul ngidam nak dapatkan. Aku nak sangat beli DVD The Three Kingdoms. Best ko citer tu. Nak tengok kat Astro WLT tak puas la. Well, aku kan tak suke feel aku kena sentap. Aku lebih rela beli DVD pastu layan feel epic tu sampai lebam. Muahahahahaha.


Tapi yang buatkan niat aku terbantut nak beli DVD tu adalah hergenyer. Ko, 2x ganda dari herger DVD Mei Ren Xin Ji. Sangap tak sangap la aku nak membelinya. Eh, untuk makluman aku mesti beli jugak tapi bukan dalam bulan ni yer. Bulan ni aku nak pakai duit lebih sket. Al-maklumlah, about the story mory yang best yang aku nak citer later nanti. Ade kena mengena la duit dengan story best tu. Bukan pasal aku nak tunang or kawin yer tuan-tuan dan puan-puan. Itu lain tahun punyer story. Muahahaha.

Pasal DVD Mei Ren Xin Ji tu aku dah khatam dah. Aku khatam DVD dulu before kat TV2 khatam. Kat TV2 aku tengok gak. Walauponnnnn dah khatam DVD nyer. Sekarang pon masih dok layan lagi DVD tu. Tengok la sampai lebam bijik mata. Asyik ulang jer.

Sekarang ni tengah kemaruk dengan The Three Kingdoms pulak. Citer tu best ko. Rugi tak beli DVD. I really want it so bad.

Eh, citer pasal minat aku pada epik cina ni kan aku rase kalo aku kawin nanti nak buat tema epik cina la. Muahahahaha. Lain dari lain kan kan kan. Biar la orang nak kata ape pon, duit aku, wedding aku, aku punyer suke la. Bukan aku mintak duit ko pon. Tapi kalo laki aku tak nak macamne ek. Eh, ko tak nak ko punyer pasal la. Aku nak jugak. Kalo ko tak nak aku pon tak nak kawin dengan ko. Ada fahamm. Muahahahaha.

Maybe 2-3 months lagi kowt baru aku beli DVD tu. Ala, bukannyer lari pon DVD tu. Rileks la. Kalo habis pon takpe sebab aku dah geng dengan amoi kat Speedy tu boleh la aku mintak dia carikan jugak untuk aku. Yelah ko, dah selalu aku masuk ke Speedy tu dok menebeng muka kat bahagian DVD cina mesti la amoi tu perasan minat aku. Kalo masuk siap boleh citer bagai pasal citer cina hero and heroin nyer. Hah, hamik ko. Ko ado..??? Muahahaha.

Saturday, January 8, 2011

Dibebel Kerana Tiada Azam

Lepas aku kuorkan entry pasal azam ditahun baru, teruk aku kena bebel dengan **tuutttt** yang read my blog ni. Siapakah gerangannyer itu biarlah rahsia. Muahahahaha.

Dia marah kat aku sebab aku takde azam. Eh, yang ko nak bebel kat aku pasal aku takde azam tu kenapa. Biar la, ko nak susah-susah hati kenapa pulak. Hehehehhe. Takde azam tak bermakna aku takde matlamat dalam hidup. Most of my matlamat selama ni tercapai jugak tapi bukannye tercapai sekelip mata or by a year. Sket-sket lama-lama jadi bukit. Tak gitu. As i said before, kalo aku tetapkan azam untuk setiap tahun pastu tak tercapai, kan tak best jadinyer. Lagipun matlamat aku ni kekadang datangnyer pun tengah-tengah tahun. Muahahahahha.

Tapiiii, oleh kerana ko nak sangat aku berazam tahun ni kan. Yerla, aku ikut je la cakap ko. Azam aku tahun ni adalah untuk mencari calon suami. Muahahahahahha. Wakakakakakaka. Puas hati ko?? Yer, aku tau ko memang nak aku berazam macam tu kan kan kan. Tapi aku ubah sket je dari ape yang ko nak. Ko nak aku berazam untuk kawin tahun ni kan. Kalo takde calon suami camner ler aku nak kawin. So, lebih baik aku berazam untuk cari calon suami. Muahahahahha.

Ini ler azam bodoh aku untuk tahun 2011. Eh, tapi kalo tercapai azam ni bagus gak ek. Muahahahahhahaha (*gelak jahat & gatal*)

Friday, January 7, 2011

Da Ularssss Story-Mory

2days ago one of my lovely *tutttt* (identiti terpaksa dirahsiakan) asked for my favor. Aku ingatkan nak mintak tolong ape la yang beratttt sangat tu. Rupenyer mintak tafsirkan mimpi dia. Eh, sejak bile pulak aku jadi ahli tafsir mimpi ni. Muahahahaha. (eh, silap la dia bukan mintak aku tafsirkan mimpi dia tapi dia mintak aku tolong tanyakan kat sape-sape yang lebih tua untuk tau pasal mimpi ni);p

Actually, the mimpissss is about ularsss. Hah, orang tua-tua kata kalo mimpi ular tu ada dua maksud. Mimpi ular ni berbeza bagi orang yang dah berkahwin dan orang yang belum kahwin. Kalo orang dah kawin mimpi ular maknenyer ada bad news, ada orang nak dengki tapi bagi orang yang belum kawin ianya adalah good news kerana ada orang dah mengintai-ngintai. Ngehhh ;p

Kalo mimpi ular ni kan orang selalu kaitkan dengan jodoh. Betul ke idak ek pasal tafsir ni. Aku pon selalu je dapat mimpi and most of my mimpi tu memang terjadi. Tapi ada sekali je aku mimpi pasal ular ni tu pon 7years ago. Lama dah. Takde pon orang datang minang aku. Muahahahahhaa. Ala, mimpi tu kan mainan tidur. Kalo banyak sangat benda ko pikir sebelum tido pastu ko tak baca doa memang ler ko mimpi yang bukan-bukan.

Eh,tapi tak jugak tau. Mimpi ni kekadang memang ada maksudnya. Aku kalo lepas bermimpi suke sangat tafsirkan balik mimpi aku whether in a good way or bad way. Pastu kan aku akan wait and see sama ada benar-benar kejadian or not. Tu pon perangai giler aku gak.

But lately aku dah jarang mimpi yang bukan-bukan. Tidur aku pon dah aman and nyenyak. ;p

Monday, January 3, 2011

Jangan La Merokok!!!!

Balik kerja hari Khamis lepas aku singgah ke Giant Hypermarket yang dekat dengan rumah aku tu. Memandangkan aku dah tengok dvd citer cina sampai habis makanyer ada la exception untuk tidak tengok citer tu di TV2 yer. Ada alasan kukuh gitu.

Actually, gi ke giant ni pon sebab adik aku soh ke sana temankan dia. Dia dah sangap-sangap menunggu keternyer siap habis ditintedkan. Lama betul cina tu buat sampai kena sambung hari Jumaat. Aku pon sangap menunggu wahai apek walaupon aku baru je sampai. Lama benau ko buat kerja.

Sementara menunggu tu kita pi la singgah ke food court kejap untuk santapan dipetang hari. Aku taknak makan sebab nak simpan space perut untuk malam. Makan malam yang sedap. Maunyer tak sedap, seafood tu kat Senibong. Aku order ais jagung and tauhu bakar je petang tu sambil dok citer pasal bola. Tetiba mata aku terpandang sesuatu yang menjijikkan. Ada banyakkkk putung rokok kat atas besi sebelah kerusi. Pengotorrrrr betul orang-orang ni la.



Aku memang pantang benda-benda kotor ni la. Putus selera aku. Bila dah geli tu mula la aku duduk pon statik je tak gerak-gerak. Bodoh pon yer jugak orang-orang ni. Langsung takde kesedaran sivik langsung. Pengotor.

Eeeiii, aku tak suka la orang merokok ni. Ayah aku pon merokok gak. Bila dia merokok kat rumah hah, mula la siren mama and aku berbunyi. Busuk la bau rokok ni. Ape yang dorang rase ek dengan rokok ni. Rokok kan tak baik untuk kesihatan tapi kenapa dorang buat tak tau je. Best sangat ke rokok ni. Nanti aku nak test la sekali. Muahahahaha. Gilo ape. Tak kuasa aku eh. Bahayaaaa. Kulit aku yang cantik putih gebu mulus nak dirosakkan dengan rokok. Owh, TIDAK la.


Wahai manusia-manusia diluar sana baik lelaki mahupun perempuan, tolongggggg la jangan merokok. Kalau ko nak mati cepat, ko jangan la ajak orang lain mati cepat sekali. Sayangi la diri anda dan orang tersayang yer.

Hari pertama di pejabat tahun 2011

Hari ni first day di pejabat bagi tahun 2011.

Tapi sarang aku masih lagi berselerak sebab last tahun 2010 aku belum sempat buat clearance sale. Muahahahaha. Clearance sale mendanyaaaa, aku ni belum ada masa lagi nak buat 5S kat sarang aku ni. Banyak sangat dah kertas-kertas terpakai yang aku peram selama setahun. Muahahahaha. Bukan setakat kertas je tapi fail-fail yang aku sengaja tabur and selerakkan and of cos la dokumen yang aku belum sempat nak enclose sanggattttt banyak kat rak aku ni. Dokumen tu bukan dokumen penting yer tuan-tuan dan puan-puan. Giler ko dokumen kerajaan ko biar macam tu je. Ada gak yang kena tindakan displin kang.

First day di tahun baru ni tak banyak sangat kerja. Eh yeke, tak banyak keje or aku yang takde kerja. Muahahahaha. Ala, kerja tu ada tapi tak banyak sebab aku dah settlekan before cuti haritu. So, tawun baru ni takde la banyak sangat kerja yang pending. Aku nak mulakan kerja ditahun baru ni dengan lebih teratur. Aku ada masa 5 bulan je lagi untuk menstruktur semula kerja-kerja aku. Hah,kenapa aku kata 5 bulan is kontrak aku akan tamat pada bulan 5 ni. Tamat sudahhh yer. Tapi InsyaAllah kalau ada rezeki aku, sebelum or selepas bulan 5 tu nanti dapat la lagi duduk kat sarang ni.

Penstrukturan semula kerja tu sanggaaatttt la penting. Sebabnya bila kerja teratur sejak awal tahun nanti dah hujung tahun senang nak buat SKT. Kalau tidak boleh pitam bile nak buat SKT nanti sebab ko takde rekod sumer kerja-kerja ko. Aku suka buat rekod peribadi. Senang nak trace kerja-kerja yang aku buat.

Hari ni aku ada projek penting. Projek yang akan menentukan masa depan aku. Muahahahaha. Ayat tak hengatttt, nak jiwang jugak. Eh, jiwang ke macam tu?? Hehehehe.

Saturday, January 1, 2011

Makan dimalam-malam terakhir di 2010

Lupa pulak aku tentang entry makan dimalam hari. Arituh dah janji kan kan kan nak sambung entry makan dimalam hari. Ala, bukan makan besor pon. Makan dengan family aku yang kecik 4 orang ni jer.

Malam before cuti umum hari Jumaat tu sempena meraikan kemenangan Malaysia, aku pon ajak la ayah gi dinner kat Senibong. Makan seafood. Teringin benor rasenyer tekak ni nak makan ikan bakar. Actually, dua hari sebelum tu mama dah inform ayah pasal dinner kat Senibong ni. Ko, punyer la busy ayah aku ni sampai kena buat appointment 2 hari sebelum tau. Muahahahaha.

Mula-mula 4 of us duduk dibahagian luar tapi tetiba hujan renyai pulak. Terpaksa la beralih kedalam. Tak feel laut betul la. Baru nak feel-feel syiok dibuai angin malam diatas laut. Atas laut yer tuan-tuan dan puan-puan, bukan tepi laut. Muahahahahaha. Menu very the simple because ada orang tengah pantang tak boleh makan seafood. Itupun dia bedal gak makan sotong. Pantang tengok betul. So, aku melahap ikan bakar dengan jayanyer.




Pastu, malam berikutnyer iaitu Jumaat only 3 of us sahaja yang kuor dinner yer kerana YB tidak dibooking dengan lebih awal. Muahahahahha. Dinner ni pon only kat Jusco Tebrau je. Teringin pulak nak makan cendawan goreng The Manhattan Fish Market. Yer, dinner kami adalah di situ. Waktu dinner di dah nak dekat kol 11. Jusco tutup lambat coz malam new year. Kalo idak, tak dapek la eden nak makan cendawan goreng.



Malam ketiga only 3 of us oso yang gi dinner. Kali ni dinner di Imano's Cafe Plaza Angsana. Aku order bihun tomyam. Manghaikkk, besornyer mangkuk ko. Isinyer sikit jer. Takper la janji kenyang. Teringin ko, dah lame tak pekena bihun tomyam. Tapi kat Imano's cafe ni bihun tomyam dia tak sesedap macam kat Sedap Corner and Restoran Anggun la.


Eh, aku selalu cakap teringin nak makan kan kan kan. Yer, aku ni memang selera memanjang cume berat badan aku jer yang tak naik-naik. Maintain gitu. Eh,untung la macam ni sebab takyah susah-susah nak berdiet.;p

Iyer, itu la citer makan malam tiga hari berturut-turut kami anak-beranak. Sebelum and selepas new year. Pastuh, perut ku kembali meragam. Muahahahahaha.

Shopping Before and After

Entry ni pasal shopping yer. Last shopping for 2010 and first shopping for 2011. Memandangkan PM dah umumkan 31 Disember 2010 adalah cuti umum sempena kemenangan pasukan bola sepak Malaysia meraih piala aff suzuki, makanye kita beramai-ramai satu Malaysia ni cuti la yer. Aku pon apalagi, amek la kesempatan yang ada ni untuk menghabiskan duit.

Dua hari ko. Yer, betul tak tipu. Dua hari aku lenjan gi shopping. Tempat yang sama pulak tu. First, kita ke City Square pastu ke Plaza Angsana and last kita ke Jusco Tebrau. 31st tu tak berapa shopping sangat la, lebih pada window shopping tapi 1st Jan 2011 tu memang benar-benar shopping. Takde dah window-window ni. Muahahahaha.


Duit mengalir bagaikan air jangan citer la. Nangis kalo citer pasal duit mengalir ni, hiksss. Ala, kalo taknak habis duit jangan la shopping. Duk rumah je jangan kuor-kuor. Duit ko pasti selamat. Buttttt, aku bukan manusia yang macam tu. Aku suke kuor and suke shopping. Sukerrrrr sangat menghabiskan duit. Muahahahaha. Eh, biar la. Duit aku. Aku penat-penat kerja, kena marah lagi ingat free-free ke kena marah tu. Berbayar tau. Hah, cukup bulan tak reti-reti nak release tension dengan menghabiskan duit. ;p

Bile citer pasal shopping ni kan kan kan, kalo gi Jusco Tebrau tu masuk ke Topman sangatttt la wajib. Ni adik aku punyer kesukaan la ni. Aku tak suker sangat sebab baju dia tak santek tapiiiii aku suker masuk ke situ kerana SA nyerrrr sangatttt la hensem ko. Sementara tunggu adik aku nerai baju, aku ngendeng-ngendeng la kat SA dia jap. Dah la tinggi, putih, stylo pulak tu. Cukup pakej la senang citer.


Shopping ni kan kalau ikutkan hati memang tak puas. Kalo ada duit terlebih, duit terlebih yer tuan-tuan dan puan-puan bukannya ada duit banyak. Duit banyak pun habis gak bila dah di dividekan untuk bayor hutang piutang. Duit terlebih ni memang ada lebih. Hikss. Kalo ada duit terlebih bestttt sangat shopping ni.

Aku punyer pangai pulak untuk mendapatkan duit terlebih tu kan, senang jer. Aku tak akan shopping bila dapat gaji. Bahaya sangatttt sebab ada banyak bil-bil dan hutang yang perlu disettlekan dulu. So, aku selalunya akan shopping bila lagi 2-3 days nak gaji. Waktu tu aku tau ada duit lebih balance gaji bulan lepas. Baru shiokkk nak shopping. Hah, itu boleh dikategorikan duit terlebih gak. Muahahaha.

Azam Tahun Baru

Selamat tinggal 2010 dan selamat datang 2011.

Kejap je dah tahun 2011 kan kan kan. Umur aku pun dah bertambah tapiiii...hiksss. Tapi aku belum kawin lagi. Hah, tak mau la citer pasal kawin ni. Pasal kawin ni nanti aku buat entry lain yer.

Ni nak citer pasal azam tahun baru. Mengikut kamus dewan, maksud perkataan azam itu adalah matlamat dan bukannya wish or harapan yer. Tapi nowadays, ramai yang buat wish untuk tahun baru. Itu sudah salah yer, wish tidak sama dengan goal. Goal is something yang ko memang fokus sepanjang tahun untuk mencapainya. Nak tak nak ko kena capai gak. Lebih kurang macam KPI la. Tapi wish is something yang ko berharap but belum tentu ko akan capai.

Sebagai contoh matlamat tahun baru 2011 ni aku nak dapatkan kenaikan pangkat. So, bermula dari sekarang aku kena berusaha lebih dan promote my self didepan majikan kaw kaw punyer. Tak kira la kalo orang kata ko mengipas bos yang penting dalam tahun ni matlamat ko tercapai. MESTI.

But difference dengan wish. Contohnya, aku harap tahun ni dapat naik pangkat. Dengan harapan tanpa usaha ko tak boleh berjaya. Bila ko cakap 'harap' doesnt mean ko akan berusaha because ayat tu tak power sebagaimana 'matlamat'.

Contoh yang paling senang is matlamat aku tahun ni nak kawin. So, by hook or by crook aku mesti kawin jugak dalam tahun ni. Lain pulak kalo, aku harap tahun ni aku kawin. Bunyinyer tu macam tak pasti kan kan kan. Tapi ape pun terpulang la pada individu tu sendiri. Suke hati la nak matlamat ke wish. Ada aku kesahh. Muahahahaha.

Citer pasal azam ni kan, aku sebenarnya tak penah ada azam sepanjang hidup aku. Kalo dulu masa sekolah cikgu selalu paksa bagitau satu kelas ape azam ko tahun ni. Benci betul aku. Cikgu-cikgu ni takde common sense langsung. Kalo dah student ko kata takde azam ko nak paksa gak dia bagitau tak ke ko yang bodoh wahai cikgu. Muahahahaha. Sorry la kasar sket bahasa. Aku memang takde feel dengan cikgu-cikgu ni. Bukannya tak mengenang jasa tapi sepanjang sesi persekolahan aku, hanya segelintir cikgu je yang betul-betul mendidik tapi yang lain berlagak je lebih.

Aku takde azam. Macam pelik je kan kan kan bunyinyer. Orang lain sumer ada azam tapi aku takde. Honestly, aku tak suke ada azam because aku bukan la jenis manusia yang sukeeee sangat merancang. Bila ada azam as i said before azam is matlamat, so nak tak nak ko kena capaikan gak. Tak best la kan kalo ko dah beria-ia dah tetapkan matlamat ko tahun ni tup tup tak tercapai. Mesti la frust kan kan kan.

Aku jenis manusia yang lebih kepada just let it be. Mengikut segala ketentuan alam. Aku tak suker merancang perjalanan hidup aku. Apa yang aku boleh pastikan is perjalanan hidup aku tidak terpesong dari jalan yang benar. Setiap hari dan setiap saat aku menghela nafas pasti aku mengingatkan diri aku agar berhati-hati sebab perjalanan aku tidak dirancang. Anything can happen. So, berhati-hati itu perlu agar aku tidak terjerumus ke dalam selut dan lumpur.

Tapi tahun ni aku rase macam nak berazam la. Eh, tak yah la. Malas nak pikir ape yang aku nak azam kan tawun ni. Muahahahahaha. Itu la citer azam ditahun baru 2011 yer. Takde azam.