My Blog...My Daily Life...

Friday, February 25, 2011

Jom Ke Tuas...

Jom kita ke Tuas. ;p

Sebenarnya hari Isnin lepas aku sesat kat SecondLink sampai ke Tuas. Muahahahaha. Sambil drive dalam hati aku dok berkata..."eh, rasenye pagi tadi aku tak lalu highway ni. Panjang semacam je hway ni siap ada R&R Gelang Patah lagi."
 

Wakakakakaka..muahahahaha..wa sesat beb. Sengal betollll. Nasib baik boleh u-turn balik ke Malaysia. Dah ler passport xde dalam simpanan aku. Aku perasan yang aku sesat bila aku rase kenapa hway tu panjang sangat pastu tak jumpe ape-ape simpang. Bila nampak jer signboard tulis pusing balik ke Malaysia, sahhhhhhh aku sesat. Nasib baik boleh pusing, kalo idak kena eskot le jawabnyer balik ke Malaysia.

Aku memang tak biasa dengan area Nusajaya. Dulu kalo pegi pon dengan kenderaan pejabat. Makanyer ape aku heran nak tau pasal jalan tu kan kan kan. Bila dah macam ni baru la terhegeh-hegeh nak hafal jalan. Padan muka aku.

Pastu esoknye aku pon tumpang ler uda Miza. Time balik dok hafal jalan2 ni. Ghupenye ada jalan lain lagi. Ok ler, aku ikut je la jalan yang uda Miza ajar tu. Kang kalo ikut sedap kaki aku kang sesat lagi. So far untuk 4 hari ni aku idak ler sesat lagi. Harap2 nyer jangan ler sesat lagi yer.

Bihun Goreng Lagiiii...

Ada orang tanya kat aku, 'awak ni suke makan bihun goreng ke?'. Muahahahaha. Aku memang selalu makan bihun goreng especially time keje. Selalunya tu la makanan ruji aku kat opis. Aku bukannye suka sangat makan bihun goreng tapi tu je la yang boleh bukak selera aku waktu tengahari. Nak makan nasi campur macam takde selera je tengok lauknye. So, yang paling mudah dan cepat adalah bihun goreng.


Aku jarangggg sangat makan nasi waktu tengahari. Kalau lapar sangat baru aku reti cari nasi masa tengahari. Selalunya menu aku bihun goreng dengan teh ais ler. Bihun goreng ni bukan waktu tengahari kat opis je tapi kalau singgah kat mana-mana pon even kat R&R pon aku cari bihun goreng gak. Tu yang orang suspect aku ni penggemar bihun goreng. Muahahaha.

Eh, sekarang kat tempat keje baru ni takde dah bihun goreng. So, jarang2 ler dapat makan bihun goreng yek.

Saturday, February 19, 2011

Rezeki Tahun 2011

Entry ni lambat sket kuar sebab aku tersangattttt la malas untuk update blog ni. Malas dah satu hal, busy pon ye jugak. Sepatutnya entry ni dari awal tahun dah aku keluarkan tapi sekarang baru berkesempatan nak share.

Citer pasal rezeki tahun baru ni sebenarnya ada kaitan dengan story mory yang best yang aku ada sebut dalam entry sebelum ni.

Awal-awal tahun lagi ada dah dapat berita baik. Aku dapat kerja tetap dalam government sector. Federal yer. Sebelum ni pon aku kerja dengan government gak cumenyer kontrak la. Baru ni aku dapat tetap. Rezeki yang amat bermakna. Yelah, rezeki awal tahun tu. Awal-awal tahun lagi dah dapat rezeki baik. Harap-harapnye biar la sepanjang tahun ni rezeki aku bertambah. InsyaAllah. Bukan untuk tahun ni jer tapi untuk tahun-tahun yang akan datang jugak.

Bila citer pasal rezeki ni kan, apa yang Allah beri pada kita ni pasti ada hikmahnya. Allah sentiasa mendengar doa-doa aku. Setiap ape yang aku inginkan pasti Allah makbulkan. Aku bersyukur sangat pada Allah. Tapi dalam ape yang Dia beri pasti ada ujian untuk kita.