My Blog...My Daily Life...

Saturday, April 30, 2011

The Royal Wedding

Nak sedih ke nak happy ek Putera William dah kawen. Muahahahaha. Ada aku kesah.

Orang pompuan ni selalunye dia akan kata dalam nada jeles "untungnyer dia dapat kawen dengan putera raja". Hahahahaha. Ko hengat kawen dengan anak raja tu untung??? Untung ler sebab dapat hidup dalam kemewahan. Tapi hakikatnyer hanya empunya diri saja yang tau untung or tak. Hidup mewah?? sume orang nak tak kira pompuan or lelaki kan. Pada aku asalkan jangan hidup melarat, merempat dan menyusahkan orang lain dah ler. Selagi ada kudrat, insyaAllah rezeki Allah tu ada dimana-mana asalkan tak malas. Tak dapat kawen dengan anak raja pon takpe janji dapat suami yang rajin bekerja cari rezeki yang halal bagi anak bini makan. Itu pun dah kira untung ler.

Putera William ni kan, aku tak tahu ler nak kata hensem ke tak. Sebab dari pandangan mata aku dia ni biasa-biasa je rupenyer. Aku rase artis hollywood lagi ramai yang hensem-hensem dari dia. Kate Middleton ni pon tak ler lawa sangat pon. Whatever la. Tapiiii, wedding dia grand nyer. Dah nama pon anak raja kan mesti la grand weddingnyer tu. Baju Kate lawaaaaa sangat. Her dress soooooo lovely, adorable sangatttttt.

Sempat la gak aku tengok royal wedding ni semalam. Part yang aku paling suker kereta Roll-Royce (eh,betul ke tu keter Roll-Royce..aku agak je..muahahaha) yang Kate naik dengan ayah dia. Cantik ko keter tu. Keter kuda tu aku tak heran sangat.

"Queen, saya nak pinjam keter tu boleh???" muahahahaha.

Anw, dorang ni memang nampak loving couple la. Sepadan sangat. Dua-dua pon sama cantik. Hopefully, berkekalan la yek.



Wednesday, April 27, 2011

Menangislah....

Aku memang tak rajin nak berblogging tetiap hari apatah lagi tetiap malam. Selalunyer aku berblogging ni bila ada benda yang terbuku kat hati aku ni yang perlu aku luahkan. Aku pon tak rajin nak tulis diari. Menaip kat lappy ni lagiiii la cepat daripada nak menulis kat buku yer dak. Senang citer, aku memang malas. Muahahaa.

Malam ni tetiba mood aku tak berapa baik sangat la. Aku jarang bad mood. Selalunyer aku akan bad mood bila ada benda yang ganggu fikiran aku. Memang ada benda yang ganggu fikiran aku sekarang ni.

Tiap kali aku bad mood, aku mesti rasa nak nangis tapi tak boleh nak nangis. Tak boleh nak nangis bukan sebab malu nak nangis tapi air mata yang taknak kuar. Hati rasa sebak sayu tapi air mata ni susah sangat nak kuar. Bila air mata tak nak kuar, aku jadi lebih stress. Bad mood ni akan drag selagi aku tak tidur.

Menangis tu sebenarnya dapat legakan stress. Emosi jadi lega, otak jadi ringan. Aku suke nangis bila aku stress or bad mood. Takde sebab untuk malu bila kita nangis. Family aku dah faham sangat perangai aku ni. Bila nampak mata aku bengkak je mesti mood aku tak berapa elok. Dorang tak penah tanya pon kenapa aku nangis sebab dorang tahu aku nangis cuma nak legakan perasaan.

Selalunya aku akan nangis sepuasssss hati aku lepas solat Isya' pastu baru aku keluar dari bilik. Lepas solat Isya' tu aku rasa aku lebih dekat dengan Maha Pencipta tanpa fikir hal-hal dunia. Antara aku dan Dia lebih dekat. Mengharap keampunan dan memohon rahmatNya.


Menangis la sepuasnya.

Saturday, April 23, 2011

Story pasal JODOH la....

Jodohhhhh???? Bile jodoh aku nak sampai nie????
Hah,ko hengat jodoh tu nak datang bergolek ble ko seru-seru mcm tu??? Ngehhhh ;D

Jodoh tu kan Allah yang tentukan. Kite cume perlu doa, usaha dan tawakal. Kalo setakat berdoa je tapi tak berusaha macamne nak berjodoh kan kan kan.

Orang selalu tanya aku ble nak cari jodoh, ble nak kawen. Huiii, nak cari jodoh memang ler senang tapi nak BERJODOH tu yang susah. Setakat nak cari boyfriend/girlfriend tu pada aku takde masalah tapi nak kekalkan hubungan tu yang susah.

Bile citer pasal jodoh ni kan, most of my friends dah kawen. Aku je yang belum kawen lagi ;p Kawan-kawan aku cakap aku ni cerewet. Aku bukan cerewet la tp memilih. Eh, bukan ke lebih kurang same je cerewet dengan memilih. Muahahahaha.

Latest one, my BFF akan kawen awal Jun 2011 ni. Ape yang bestnyer, dia kawen dengan 1st love dia. Waaaaa, banyak syiokkkkk maaaa. Untungnyer kawan aku yang sorang ni dapat kawen dengan 1st love.

"Eh yunk, bestnyer dia dah nak kawen. Dengan 1st love pulak tu. Kita ni yang tak kawen-kawen lagi. Bukan ke kita ni dulu Jeneral dengan Major." Muahahahahahha. Aku nak gelak sambil golek-golek. 
 
"Itu ler nasib kita yunk. Dulu kita ni ramai peminat. Suke main flirt2. Ramai crush tapi sampai sekarang tak kawen." Orang tu steady jer tup tup dia yang kawen dulu. Wakakakakka.

Itu perbualan aku dengan one of my BFF jugak yer. Word Jeneral dgn Major tu refer pada tahap kenakalan kiteorang. Yelahhhh, aku mengaku memang aku ni nakal masa zaman kanak-kanak ribena dulu. Ngehhhh ;D Sejak dari zaman sekolah lagi sampai ler habis belajar aku memang ramai peminat (eh, ni bukan nak bangga diri yer). Aku ramai skandal tapi yang betul-betul jadi boyfriend aku rase cume 2 je kowt. Itu pon kalo aku tak salah kira ler. Hehehe. But now, what happen to me??? Orang yang ramai peminat, ramai skandal tapi tak kawen lagi sampai sekarang. Padan muka aku. Uwaaaaa.

Tapi bila aku start keje ni aku dah tak nakal lagi. Aku lebih fokus pada hidup baru aku. Kerja kerja kerja. Aku ada komitmen dalam kerja aku (sebenornya dah xde masa yang nakal2 ni). Penah dulu, 1 of my friend remind aku,

"Babe, u kena betulkan niat kat hati dulu baru u akan jumpe dengan jodoh u tu. Kalo niat hati u nak cari boyfriend, boyfriend je la memanjang yang u akan jumpe tapi bile u niat nak cari SUAMI, u akan jumpe dengan suami tu." Betul gak kan cakap dia. Sejak dari tu aku dah betulkan niat aku. Always remind myself tentang niat tu.

Heloooo, senakal-nakal aku pon aku tak pernah buat perkara tak elok yer. Aku tak penah nak malukan makpak aku. Tak terniat langsung yer. Moga Allah lindungi aku dari perkara yang tidak baik tu. Aku masih tau batas-batas pergaulan aku. Aku masih boleh mengawal diri aku. InsyaAllah iman aku ditetapkan. Aku masih lagi perempuan melayu yang sopan dan pemalu. Hikssss.

Anw, congratz to my BFF la sebab dah nak kawen. Semoga dia berbahagia hingga ke akhir hayat bersama jodohnye itu. Dan aku, hehehe. Semoga aku bertemu dengan suami ku. Amin.

Saturday, April 16, 2011

Jilbab Aku.....

JILBAB aku bukan kerana hati TAPI kerana kewajipan diri.

Huh,ayat mcm kontroversi. Jangan salah paham yer. Bukan kerana hati tak sama maksudnya bukan dari hati. Tak jugak bermaksud TIDAK IKHLAS.

Bila kita sebut or cerita pasal jilbab ni kan (xkesah la, ada yg panggil tudung, kasyaf or ape saje..tp aku nak sebut jilbab dlm entry ni) mesti ada macam-macam pendapat. Ada yang mengkritik pon yer jugak. Hak masing-masing kan tapi xsalah kalau kita saling mengingati dan membetulkan niat dihati.

Kenapa orang perempuan perlu berjilbab??? Kalau orang tanya aku soklan tu senang je jawapan yang aku nak bagi. "Aku berjilbab bukan kerana hati tapi kerana kewajipan diri."  Kewajipan yang ditetapkan oleh Allah kepada hambaNya yang bernama PEREMPUAN.

Bila kita gunakan akal untuk berfikir, keikhlasan tu pasti akan datang dihati kita.

Sekian, ini saja untuk entry kali ini.

**p/s:kita bukan manusia sempurna untuk menilai orang lain.