My Blog...My Daily Life...

Thursday, July 9, 2009

Wui...Michael Jackson dah takde


Aku ni boleh dikatakan peminat MJ. Walaupun aku tak pernah secara terbuka menyatakan minat aku dan tidak semua lagu-lagunya aku tahu dan hafal tapi aku sangat meminati MJ. Mungkin sebab aku dilahirkan dan dibesarkan pada zaman kegemilangan MJ makanya aku berasa sangat serasi dengan lagu-lagunya. Bukan mudah untuk manusia seperti aku ini untuk meminati seseorang melalui lagu-lagunya. aku sememangnya seorang manusia yang cerewet dan sentiasa menetapkan satu standard dalam kehidupan aku. Seperti yang selalu aku katakan, tidak semua penyanyi mempunyai bakat walau sesedap mana pun lagu yang didendangkan. Penyanyi zaman sekarang sama sekali tidak dapat mencari identiti mereka sendiri sepertimana yang pernah dilakukan MJ. Dia jatuh dan dia bangun semula. MJ mencipta satu revolusi. Bagi aku, perubahan yang dilakukan oleh MJ keatas fizikalnya bukanlah kerana dia malu berkulit hitam tetapi dia ingin mencipta satu sejarah dan ingatan dimana dunia akan sentiasa mengingati dirinya. Aku berasa kagum dengan MJ kerana dia berjaya mencipta legasinya sendiri. Dia mahu sentiasa diingati. Bukan hanya bersandar pada zaman kegemilangannya dan juga lagu-lagunya. Tapi MJ mencipta sesuatu yang baru. Kalaulah dia hanya seorang penyanyi berkulit hitam yang tidak melakukan transformasi pada fizikalnya, adakah dunia akan mengenali dan mengingatinya sehingga kini. Hidup seperti roda, kadang-kala di atas dan kadang-kala dibawah. Kalau dia sekadar penyanyi yang hebat tapi tidak ada apa-apa perubahan yang pernah dilakukan tidak mungkin MJ masih lagi menikmati zaman kegemilangannya sehingga ke akhir hayatnya. Kehidupannya juga unik. Tiada siapa pernah tahu apa sebenarnya yang berlaku sepanjang hidupnya. Aku menyifatkan dia sebagai seorang lelaki yang penyayang, pertuturannya lembut, disenangi ramai dan yang paling penting suara MJ memang bestttttt. Bagi aku, MJ adalah seorang manusia yang baik tidak kiralah walauapapun agamanya. Itu rahsia ALLAH.

No comments:

Post a Comment