My Blog...My Daily Life...
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

Thursday, January 27, 2011

Pengalaman Itu Tidak Boleh Dibeli

Selalu kita dengar iman tidak dapat diwarisi tapi hari ni aku nak citer pasal pengalaman. Pengalaman yang tidak boleh dijual beli. Betapa besarnya nilai pengalaman itu hanya pada empunya diri yang melalui pengalaman itu saja yang mengerti.

Hari ni ada satu pengalaman baru. Tapi bukan pengalaman aku yer. Ini pengalaman one of my good fren. Ape pengalamannye tu biar la rahsia. Muahahaha. Ape yang aku nak kongsikan kat sini about pengalaman tu adalah untuk kita menyedari betapa beruntungnya orang yang punya banyak pengalaman. Tak semestinya ko kena hidup sampai 100 tahun baru dikata ada banyak pengalaman. Even, sedari ko kecik lagi kalo ko dah start facing sooo many problem or even not a problem pon dah boleh dikatakan punye pengalaman.

Aku realize hari ni betapa pentingnya pengalaman dalam hidup. Pengalaman itu sangattttt mengajar kita erti sebuah kehidupan. Walau pengalaman itu tidak datang dalam hidup kita tapi kita jugak boleh belajar dari pengalaman orang lain. Maha Pencipta beri kita akal untuk berfikir, kita boleh fikir tentang baik buruk sesuatu pengalaman itu. Ape yang baik tu kita ambil iktibar tapi yang buruk tu kita buang la jauh-jauh yer.

Seperti hidup aku sekarang, aku belum rasekan yang aku ni ada banyak pengalaman. Aku masih mencari pengalaman. Pengalaman yang aku ada setakat ni belum cukup untuk aku mengemudi hidup aku dengan rase selesa. Aku masih perlukan pengalaman.

Tapi kadang-kadang manusia ni tak pernah menghargai pengalaman yang ada. Kedekut pon ada. Tak nak share pengalaman dengan orang lain. Tak kisah la, tu hak masing-masing kan kan kan.

Bagi diri aku pulak, pengalaman hidup yang aku ada ni akan aku jadikan benteng supaya aku tak terus hanyut dan tenggelam dalam hidup aku sendiri. As I told before yang aku tak suke merancang hidup aku kan, jadinye pengalaman tu perlu aku jadikan benteng yang kukuh untuk aku terus bersedia dengan kehidupan akan datang.

Thursday, April 23, 2009

Harga Hati

Adakah harga barang perhiasan dirumah lebih mahal berbanding dengan hati seorang ibu? Entahlah, walaupun jawapan sebenarnya saya amatlah tahu tapi saya masih tidak mengerti mengapa perkara seperti itu masih lagi terjadi dulu, kini dan selamanya. Terus terang saya katakan saya amat takut dengan azab ALLAH apabila kita derhaka dengan ibu. Sedetik hati ibu terguris maka neraka jahanamlah tempat kita. Ibu yang saya gelar sebagai mama adalah insan yang paling saya sayang. Saya amat takut seandainya saya pernah mengguris hati mama. Maafkan saya mama seandainya saya berdosa pada mama. Tapi kenapa manusia semakin alpa. Adakah kerana manusia kini sudah tidak punya hati lagi. Pengalaman mengajar kita menjadi dewasa. Mereka yang kata. Tapi pada pendapat saya pengalaman cuma sekadar pengalaman yang kita ingat dalam waktu yang singkat. Semakin lama masa berlalu, pengalaman hanya tinggal sejarah. Manusia tidak pernah belajar dari pengalaman. Kalau mereka menafikan apa yang saya katakan, buktikanlah. Semua ini terjadi kerana manusia sudah lupa tentang harga sebuah hati. Sewenang-wenangnya menyakiti dan mengguris hati ibu hanya kerana bunga kaca yang pecah. Bukannya ibu sengaja mahu memecahkannya tapi itulah sikap seorang anak yang sudah tidak punya hati lagi. Memarahi ibu kerana memecahkan bunga kaca yang mahal katanya tapi dia terlupa bahawa hati ibu itu lebih mahal harganya. Tidak menegur ibu berminggu-minggu kerana kesalahan yang kecil. Perkara sebegini bukanlah pertama kali berlaku malah berkali-kali dan tidak boleh lagi nak dibilang dengan jari dan jika dicampur dengan jari kaki sekalipun masih tidak cukup jika nak dibandingkan dengan dosa kepada ibu. Bukannya tidak tahu dengan balasan ALLAH. Tiap-tiap hari sembahyang tidak tinggal tapi dimanakah keberkatan solat itu seandainya derhaka pada ibu. Entahlah manusia....pengalaman tidak mengajar apa-apa....