My Blog...My Daily Life...

Tuesday, December 7, 2010

The Obsession

Aku ni ada perangai gile. Hah,tapi tak ler sampai gile. Eh, aku tak gile la. Cumenyer aku ni terlalu obses dengan benda2 yang aku suke. Bila dah obses tu makanyer mula la aku berperangai pelik.

Lately,perangai giler aku datang balik. Kerana dek obses sangat sampai aku jadi 'sengal' untuk beberapa hari lamenyer. Muahahaha. Tapi takpe sebab family aku dah paham benor dengan obsession aku ni.

Dek kerana obses sangat makanya aku 'terbeli' la benda yang tak sepatutnya aku beli sebab hergernyerrrr mahal worrr. Tapi aku terpaksa ler tutup mata je untuk puaskan diri aku sendiri. Aku tak suke ler kalau jiwa aku rase macam ada benda tersekat. Muahahaha. Gila ko ayat aku.

Aku ni sebenarnya obsessssss sangat dengan citer cina. Kau jolok la aku dengan citer ape ponnn, citer cina jugak yang tetap aku suke. Tak kira la ape pon tajuk dan jalan citer cina tu sumenyer aku layan. Sampai kekadang aku dah boleh tau ape jadi endingnyer tu nanti. Tapi yang paling aku suke citer epik cina. Bab2 yang ada kungfu tu memang aku suke giler. Sume citer tentang mainland dulu2 kala tu melekat kat jiwa aku. Kalau orang lain mungkin citer korea jadi pilihan kan kan kan. Tapi tidak aku. Aku peminat setia citer cina.

Aku jugak obses dengan kungfu. Suke sangat. Sorry to say, aku tak suke silat. Bukannyer tak nak ngaku melayu tapi dah memang aku tak suke takkan aku nak paksa dan pura-pura suke pulak kan kan kan. Kang nanti owang cakap aku ni fake pulak. Aku tetap melayu cume obsession aku tak sama dengan owang lain. Tapi yang paling best is aku berkongsi minat yang sama dengan my lovely mama. Mama pon minat giler dengan citer cina.

Baru-baru ni ada satu drama cina kat TV2 kol 6ptg. Tajuk cina nyer Mei Ren Xin Ji. Hah, tajuk omputihnyer pulak Schemes of a beauty or Tactics of a beauty. Citer ni kisah benar pada zaman Dinasti Han Barat. Ada ubah sket-sket je la dari jalan citernyer kat novel and sejarah sebenar. Hah, jangan ko heran kalau aku tau novel-novel cina ni. Dah namanyer pon aku fanatic fan kan kan kan. Mesti la aku tau. Tapi dalam banyak-banyak citer epic cina yang aku nengok, citer ni paling mantap dan paling best. Kisah cinta dia mak aiii. Soooooo sweet. Hero and heroin dia pon sepadan sangat. Tapi citer ni tak banyak sangat kungfu cuma citer cinta dia sangat mencengkam jiwa. Tu yang jiwa aku rase tersekat je sebab tengah shiok-shiok tengok, iklan pastu habisssss. Ko bayangkan la kalau ko tengah shiok-shiok layan citer tu sambil feel feel gitu siap leleh ayor mata lagi tup tup iklan. Tak ke sakit jiwa aku dibuatnyer.




Honestly, tengok kat tv sangatttt la tidak puas. Sebab tu aku cari sampai dapat DVD nyer tu. Walaupon hergenyer sangat membunuh. Kat tv banyak potong sebab tu tak puas and kadang-kadang tak berapa faham sangat jalan citer nyer. Maka, beli la DVD untuk kepuasan dan ko akan faham jalan citer tu dengan jayanyer. Muahahahaha.

Owh, lupe pulak DVD tu takde subtitle yer. Aku paham sket-sket je cakap cino ni. So, lenjan tengok sudahhhhh janji aku paham jalan citernyer dan jiwa aku tak tersekat.

That's my first and foremost obsession.

Eh, tapi dulu kan aku ada terbeli citer korea. Aku pun tak tau kenapa aku boleh terbeli citer tu. Muahahahaha.

No comments:

Post a Comment