My Blog...My Daily Life...

Monday, January 3, 2011

Jangan La Merokok!!!!

Balik kerja hari Khamis lepas aku singgah ke Giant Hypermarket yang dekat dengan rumah aku tu. Memandangkan aku dah tengok dvd citer cina sampai habis makanyer ada la exception untuk tidak tengok citer tu di TV2 yer. Ada alasan kukuh gitu.

Actually, gi ke giant ni pon sebab adik aku soh ke sana temankan dia. Dia dah sangap-sangap menunggu keternyer siap habis ditintedkan. Lama betul cina tu buat sampai kena sambung hari Jumaat. Aku pon sangap menunggu wahai apek walaupon aku baru je sampai. Lama benau ko buat kerja.

Sementara menunggu tu kita pi la singgah ke food court kejap untuk santapan dipetang hari. Aku taknak makan sebab nak simpan space perut untuk malam. Makan malam yang sedap. Maunyer tak sedap, seafood tu kat Senibong. Aku order ais jagung and tauhu bakar je petang tu sambil dok citer pasal bola. Tetiba mata aku terpandang sesuatu yang menjijikkan. Ada banyakkkk putung rokok kat atas besi sebelah kerusi. Pengotorrrrr betul orang-orang ni la.



Aku memang pantang benda-benda kotor ni la. Putus selera aku. Bila dah geli tu mula la aku duduk pon statik je tak gerak-gerak. Bodoh pon yer jugak orang-orang ni. Langsung takde kesedaran sivik langsung. Pengotor.

Eeeiii, aku tak suka la orang merokok ni. Ayah aku pon merokok gak. Bila dia merokok kat rumah hah, mula la siren mama and aku berbunyi. Busuk la bau rokok ni. Ape yang dorang rase ek dengan rokok ni. Rokok kan tak baik untuk kesihatan tapi kenapa dorang buat tak tau je. Best sangat ke rokok ni. Nanti aku nak test la sekali. Muahahahaha. Gilo ape. Tak kuasa aku eh. Bahayaaaa. Kulit aku yang cantik putih gebu mulus nak dirosakkan dengan rokok. Owh, TIDAK la.


Wahai manusia-manusia diluar sana baik lelaki mahupun perempuan, tolongggggg la jangan merokok. Kalau ko nak mati cepat, ko jangan la ajak orang lain mati cepat sekali. Sayangi la diri anda dan orang tersayang yer.

No comments:

Post a Comment